Banyak perkara yang perlu kami tahu dan belajar untuk
bisness ni. Kali ni kami belajar cara berurusan dengan pembekal untuk
mendapatkan bekalan tudung baru dan kain tudung baru. Ada ramai pembekal yang
kami jumpa dan mereka mengenakan harga yang berbeza-beza. Cara mereka respon
pada kami juga berbeza bila kami cuba tawar menawar harga. Ada yang senang nak
turunkan harga, tapi ramai yang berkeras untuk memberikan harga yang lebih murah.
Biasanya jika hanya kami beli banyak kami akan dapat murah
tapi untuk permulaan ni memang tak
banyak yang kami boleh beli. Sangat penting untuk kami cari yang paling murah
untuk maksimumkan keuntungan kami. Kami teringat cara Dr. Azizan Osman yang menunjukkan
contoh cara menawarkan harga yang agak ‘brutal’ di kursus #IMKKMei2016 yang
lalu..beliau menggunakan nada yang agak keras ketika tawar menawar sehingga
kami yang mendengarnya rasa terkejut. Kadang-kadang teringin nak buat macam tu jugak
tapi bimbang lain yang jadi..hehe.. Tapi macam mana pun bila dah kerap bertemu
pembekal kami semakin pandai untuk tawar menawar..alhamdulillah.. InsyaAllah
kami akan ada keberanian untuk jadi macam Dr. Azizan Osman pada masa akan
datang..
Kami juga beruntung kerana berada dalam kalangan kawan-kawan
yang menyokong kami. Ramai yang memberikan cadangan tempat-tempat yang kami
boleh dapatkan harga yang lebih murah untuk bekalan kami, dan ada jugak kawan
kami yang datang ke khemah kami untuk memberikan sokongan.
Alhamdulillah..terima kasih kerana memberikan semangat kepada kami. InsyaAllah
kami akan berikan yang terbaik yang kami boleh..
“Assalamualaikum wrt wbt.

Kalau siapa yang biasa
datang jalan Tar akan tahu macam mana suasana kat sini. Memang
meriah..terpulang la larat ke x nak pusing2..hehe..hari ni kite orang pusing2
cari tudung lagi...timba pengalaman sebagai usahawan muda..macam mana nak
berurusan dengan supplier..macam mana nak dapat barang murah..memang pengalaman
yang best la kan..setiap hari kami belajar benda baru..dan setiap benda ni la
yang akan membentuk kami menjadi usahawan yang hebat masa akan
datang...insyaAllah 😊
Hari ni kami berada di
pasar seksyen 20 pulak macam biasa. Kalau siapa yang ade dekat2 tu meh la
sini..mana la tahu dapat harga istimewa..boleh la tengok stok2 tudung baru
kami.. 😊 Tadi
pun ade kawan sekerja Kak Fuzah datang kat sini jumpa kami..katanya nak bagi support.
Trm ksh sangat kepada kak Fuzah sebab support kami.. 😊
Kami doakan hari kami hari
ini lebih baik daripada hari2 sebelum ni..aminn....ya rabbal alamiinn.. 😊”
Petikan post Fb : Mohd
Hanis Mohd Sidek 13.08.2016
Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu
dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami
secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tipsinfotudunghanaismaa
#diariperjalananhanaismaa
No comments:
Post a Comment