Monday, 8 August 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Lelaki Jual Tudung?? Boleh ke??

Kalau nak diikutkan hati, mesti terfikir dua tiga kali nak berniaga tudung. Ye la..lelaki jual tudung..apa yang lelaki tahu pasal tudung?? Bukan pernah pakai pun... Cuba ambil contoh seorang tokoh usahawan yang sangat terkenal sekarang, Dato' Alif Shukri Terlajak Laris. Beliau merupakan seorang lelaki tetapi beliau sangat berjaya dalam perniagaan kosmetik beliau. Jika difikirkan mana ada kena mengena kan lelaki dengan kosmetik. Tapi kenapa beliau boleh berjaya dalam bidang ini?? Bagi saya, ini adalah kerana beliau tahu apa yang beliau inginkan dan bersungguh-sungguh dalam mengejar impian beliau.  Begitulah apa yang saya perlu buat..walaupun saya ini adalah lelaki tetapi apa salahnya jika saya menjalankan perniagaan tudung..betul tak??

Cuba fikir dari sudut berbeza.. Dalam hidup kita ni, Allah SWT dan Nabi kita SAW memerintahkan supaya menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Menjual tudung ni boleh membantu kita berjihad juga sebenarnya. Menyeru kepada semua umat islam kaum muslimin supaya menutup aurat dengan bertudung. Bukan sahaja dapat berniaga tetapi juga dapat berdakwah kan..

Sekarang zaman bertudung pelbagai gaya..semua wanita ingin menjadi cantik. Tetapi cantik itu mestilah tidak melebihi peraturan yang ISLAM ajarkan. Para ayah tentu gembira bila melihat anak-anak mereka cantik dan comel..dan para suami tentu bahagia melihat keserian yang ada pada wajah isteri...tetapi adakah ini semua penting jika akhirnya neraka yang ditempah..sekiranya aurat anak-anak perempuan dan isteri mereka tidak dijaga. Begitu jugalah sebagai wanita islam. Sekiranya kita betul2 sayang kepada ayah kita, suami kita dan juga adik beradik lelaki kita, adakah kita akan membiarkan mereka masuk neraka kerana kita?? Adakah kita sanggup untuk membiarkan mereka terseksa dibakar api neraka yang teramat panas oleh kerana keengganan kita menutup aurat atau sikap acuh tidak acuh kita dalam menutup aurat dengan betul?

Cara yang betul untuk bertudung mestilah disampaikan kepada semua umat islam supaya semua antara kita akan berada dalam syurga Allah SWT..insyaAllah,, Ini adalah keputusan dan sebab utama kenapa saya nak menjual tudung..Saya doakan hasrat dan tujuan saya ini diambil sebagai amal kebajikan di sisi Allah SWT..amin Ya Rabbal Alamiiin..


Dato' Alif Shukri Terlajak Laris AKA Raja Kosmetik


Pakar Tudung AKA Raja Tudung : Mohd Hanis Mohd Sidek
Penulisan oleh : Managing Director Mohd Hanis Mohd Sidek

Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa



#tudungonline
#tudungshawl

#tudunginstant

No comments:

Post a Comment