Sebelum memulakan perniagaan, perkara yang paling penting
untuk kita fikirkan adalah NIAT kita untuk berniaga. Kenapa hendak berniaga?
Kenapa tidak hanya makan gaji? Kami mengatakan ‘sebab’ ini penting adalah
kerana ia menentukan sama ada kita dapat terus hidup dalam dunia perniagaan ini
atau tidak. Jika niat yang ditetapkan tidak cukup jelas ataupun salah, ia
akhirnya akan memakan diri sendiri. Nampak penting bukan?
Kebanyakan
daripada kita hanya melihat kepada pulangan dari segi kewangan. Kejayaan hanya
di ukur dengan berapa banyak duit yang dapat dihasilkan untuk diri sendiri dan
keluarga. NIAT yang paling ramai daripada kita pilih ialah untuk mendapatkan
KEKAYAAN. Tapi adakah ini yang sebenarnya yang inginkan? Sedar atau tidak, kita
sebenarnya sedang mencari sesuatu disebalik kekayaan, iaitu kebahagiaan bersama
keluarga, saudara-mara, orang di sekeliling dan paling utama adalah kebahagiaan
bersama dengan Allah dan Rasulullah. Oleh itu, betulkan niat kita. Semoga niat
kita ini menjadi asbab musabab untuk Allah membantu kita semua mencapai
Kekayaan dan Kejayaan di dunia dan di akhirat.
Berikut pengajaran yang diperoleh oleh ahli kami setelah
berbincang dengan seorang kakak banyak pengalaman dalam perniagaan.
“Assalamualaikum wrt wbt.
Semalam selepas habis
mengajar tuisyen, saya bersembang dengan mak kepada student saya yang saya
panggil kak ina. Kami dah lama kenal, rasanya dah 5 tahun. Boleh dikatakan dah
kenal hati budi masing2..rasa sangat selesa bila berkongsi pendapat dan
bercerita bersama dia.
Kami bercerita tentang
hidup sebagai orang yang berniaga. Banyak yang k ina ceritakan tentang pengalaman
yang dia dah lalui..memang bagus untuk kami yang baru mula berniaga. Bila
dengar k ina cerita semalam, rasa insaf yang amat sangat. Bagaimana perniagaan
ini boleh membentuk seorang manusia melalui susah payah, cabaran dan keperitan
hidup.
Daripada apa yang k ina
kongsikan semalam, persoalan2 ini dibincangkan. Kenapa kita yang berniaga ni
tidak dapat apa yang kita kejar? Kenapa tidak kaya? Jawapannya, jika kita
berniaga untuk hidup kaya dengan wang ringgit semata-mata, itu bukanlah niat
yang betul. Walaupun Allah boleh berikan kita kekayaan, tapi mungkin dalam
kekayaan itu kita merasa kekosongan. Kita ada harta, tetapi anak2 tidak ada
dengan kita. Kita sunyi dan tidak bahagia jika hanya harta yang kita kejar.
Sedangkan kita sebenarnya mencari bahagia...bukan semata-mata kekayaan.
Dia mengajak saya untuk
berfikir, apa yang kita boleh bantu, siapa yang boleh kita bantu apabila kita
berniaga? Adakah kita hanya berfikir tentang diri sendiri? Dan adakah kita akan
bahagia meraih segalanya hanya untuk diri sendiri. K ina memberikan contoh
daripada seorang kawannya yang juga berniaga tudung seperti kami. Beliau tidak
mengenakan harga yang tinggi untuk tudung yang di jual, kerana beliau bimbang
apa yang akan ditanya apabila berada di dalam kubur. Kami langsung tidak pernah
terfikir tentang ini..x pernah terfikir yang berniaga amat mementingkan nilai
ni.
Aku terfikir dimanakah aku?
Betulkah niat ku? Adakah dunia yang aku kejarkan..sedangkan bahagia sebenar
adalah di akhirat. Apa yang aku boleh berikan sebagai manusia dan juga sebagai
saudara seislam. Renungan untuk diri sendiri. 😢
Hari ini insyaAllah saya
dan adik perempuan, kami berdua kan menyambung perjuangan berniaga di pasar
malam Jalan Kebun. InsyaAllah kali ini dengan niat yang lebih jelas. Semoga
Allah permudahkan urusan kami..amiinn ya rabbal alamiin..”
Petikan post Fb : Mohd
Hanis Mohd Sidek 12.08.2016
Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu
dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami
secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tipsinfotudunghanaismaa
#diariperjalananhanaismaa
No comments:
Post a Comment