Tuesday, 9 August 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Soalan-soalan yang membuat aku menangis

Kehidupan dunia yang cukup mencabar ini mendewasakan kita semua. Mungkin dulu kita seorang yang lemah, selalu dibuli dan di ejek. Kerana pengalaman itu kita telah berubah dan tidak mahu perkara itu berlaku lagi. Hati yang dulu sangat bersih, tidak pernah menyakitkan hati orang lain. Tetapi kini kita bukan lagi orang yang sebegitu. Kita mempunyai hati yang keras yang tidak mengendahkan perasaan orang lain. Mungkin kerana dendam yang lama yang masih ada di dalam hati dan ia menjadikan diri kita seorang yang lebih kejam terhadap orang disekeliling.
Atau dulu kita pernah berada dalam keadaan yang amat susah, kerana ditakdirkan menjadi anak kepada orang yang susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Daripada kecil tidak pernah dapat yang diminta, tidak seperti kawan-kawan lain. Kerana itu kita berusaha bersungguh-sungguh kerana tidak sanggup lagi untuk hidup dalam keadaan sebegitu, terlalu ingin keluar dari kepompong hidup sebegitu. Tetapi apabila Allah telah menunaikan hasrat kita untuk mencapai kejayaan, kita merasakan semua itu adalah kerana usaha kita sendiri semata-mata. Kita menjadi sombong kepada orang di sekeliling, kaum keluarga, dan yang paling teruk adalah sombong kepada Allah yang memberikan kita segala kejayaan.
            Sedarkah kita bahawa dunia ini boleh menjadikan kita lupa akan hakikat sebenar kenapa kita diciptakan? Siapakah kita di mata manusia? Dan yang paling penting bagaimanakah darjat kita di mata Allah dan Rasulullah SAW?? Team Hanaismaa juga tidak terlepas dari perkara ini, dan kami telah dikejutkan dengan persoalan-persoalan yang sangat menginsafkan oleh Dr. Azizan Osman ketika dalam Kursus Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) bulan May 2016 yang lepas.



 “Assalamualaikum wrt wbt.
Hari ni aku bersyukur diatas segala nikmat yang telah Engkau berikan. Nikmat kesihatan diri, isteri, anak dan keluarga. Nikmat kasih sayang yang aku dapat daripada orang di sekelilingku...dan juga yang paling utama daripada Tuhan ku yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Semasa mengikuti kelas #IMKKMei2016, aku sangat tersentuh bila aku diminta bertanyakan pada diri, kalau esok aku mati, apa yang aku dah berikan pada orang di sekeliling aku, pada keluarga aku, pada isteri dan anak yang tercinta. Apakah pencapaian dalam hidup aku?? Adakah hidup aku bermakna. Apakah bila aku mati aku akn bahagia di sana??
Banyak persoalan yang dilemparkan untuk aku menginsafi diri.. Apa orang disekeliling akan kata tentang aku bila aku mati. Adakah aku seorang yang tidak disukai, dibenci?? Adakah orang gembira apabila aku pergi?? Atau mereka bersedih bila aku pergi??
Di manakah kedudukan aku disisi manusia?? Dan yang paling penting di sisi Allah dan Nabi ku Muhammad SAW.. Dimanakah aku?? Tangisan yang amat aku rindui ketika di #IMKKMei2016...dan aku rindu untuk menangis lagi..
Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati ku..bimbinglah aku ke jalan Mu. Jadikanlah perjalanan hidup aku perjalanan yang Engkau redhai...
Ya Allah, hanya padaMu kami meminta. Tiada daya upaya kami melainkan engkau yang maha besar. Engkau ampunkanlah dosa kami, ampunkanlah ibu bapa kami, ampunkanlah dosa adik beradik kami, ahli keluarga kami, guru2 kami dan saudara seislam kami. Hanya Engkau yang mengampunkan segala dosa2 kami..amiinnn...ya rabbal alamiinnn...”

Petikan post Fb : Mohd Hanis Mohd Sidek 09.08.2016


Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tipsinfotudunghanaismaa

#diariperjalananhanaismaa

No comments:

Post a Comment