Setiap pasangan yang
telah berkahwin pasti inginkan cahaya mata. Ada yang dah kawin berbelas-belas
tahun tapi tidak dikurniakan dengan anak. Bermacam-macam usaha telah dilakukan tapi
bukan semua orang yang Allah kurniakan anak. Semestinya semua orang tidak mahu perkara
ini berlaku pada diri sendiri apabila berkahwin.
Walaubagaimanapun, masih
ada yang merasakan anak ini adalah beban dalam hidup. Ada yang merasakan
terlalu sukar untuk menyara anak-anak yang ramai. Ada yang menggunakan
perancang dan ada yang mengambil keputusan untuk memberikan anak untuk dijaga
oleh keluarga angkat. Ini terpulanglah kepada masing-masing untuk membuat
keputusan. Tetapi jika kita faham sebenarnya anak-anak ini adalah salah satu
penarik rezeki dalam hidup kita. Kami percaya mesti ramai yang pernah merasai
pengalaman ini.
Ini
adalah perkongsian pengalaman seorang ahli dalam Hanaismaa tentang anak dan
rezeki apabila mendapat anak.
“Assalamualaikum wrt wbt.
Siapa yang x stuju anak itu
rezeki? Siapa yang rasa anak ramai tu menyusahkan? Kalau makin ramai macam mana
sara padahal gaji banyak tu je..ank sorang pun dah susah kan..pampers lagi susu
lagi..
Tapi kita kena
ingat...rezeki tu Allah yang bagi..gaji kita tu langsung xde nilai kalau Allah
xbg rezeki. Duit tu belum tentu milik kita kalau Allah x izin.. Ada orang gaji
besar tapi asyik bocor je duit dia..kereta rosak la..servis mahal la..ank sakit
la...bini sakit la..gaji puluh2 ribu pun tak cukup..betul x?
Kita kena betul2 pegang
yang rezeki tu Allah yang bagi..bukan manusia..bukan bank yang bagi..bukan
mesin ATM yang bagi...semuanya Allah yang bagi..
Saya nak share
pengalaman..sebelum dapat anak pertama, saya dan isteri xde ape2..perabot
xde..tv xde..meja xde...duduk atas lantai..bila orang nak datang rumah rasa
segan..tapi bila dapat anak pertama..isteri dapat naik gaji hampir 25%..padahal
dia baru kerja tapi gaji dah lebih daripada saya..haha..rezeki Allah tiada
siapa dapat duga..Alhamdulillah.. Saya sampai sekarang x pernah lagi beli
perabot..semua orang bagi..lengkap set meja makan, katil, almari baju, kerusi
ruang tamu..alhamdulillah syukur sangat2..
Sekarang dah nak dapat anak
kedua pulak...bertambah lagi rezeki saya...alhamdulillah.. Yang penting kita
bersyukur..bila bersyukur nanti Allah tambah lagi rezeki kita insyaAllah..
Doakan rezeki saya dan
keluarga bertambah lagi ya...saya doakan korang semua mendapat rezeki yang
berkat dan melimpah ruah lagi lepas ni..amiin ya Rabbal alamiiinnn.. 😊😊😊”
Petikan post Fb : Mohd
Hanis Mohd Sidek 05.08.2016
Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu
dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami
secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tipsinfotudunghanaismaa
#diariperjalananhanaismaa
No comments:
Post a Comment