Thursday, 4 August 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Bisness Ni Sibuk Tapi Seronok Melayan

            Kehidupan kami semua berubah 360 darjah bila kami mula buat perniagaan ni. Hampir setiap hari kami keluar, memang tak lekat kat rumah. Takde maknanya kalau kami nak lepak-lepak kat rumah tengok tv sangat sebab memang tak sempat nak bersenang lenang sangat sekarang. Tapi macam mana pun kami rasa sangat gembira, sebab kami rasakan kehidupan kami sekarang lebih bernilai daripada dulu. Kalau ikutkan pemikiran dulu, balik kerja penat-penat mesti nak rehat-rehat dulu duduk dengan anak isteri. Tapi sekarang dah rasa rugi bila nak buat macam tu setiap hari. Mesti pandai bahagikan masa dengan anak isteri, dan juga untuk perniagaan. Kami rasa lebih seronok kalau kalau life kami ni banyak cabaran dan pengembaraan. Bak kata omputih, ‘ADVENTURES’..hehe =)

            Tapi kami tahu, usaha yang kami lakukan hari ini bukanlah sia2. Ia akan membuahkan hasil pada masa hadapan insyaAllah. Semakin banyak kami berusaha semakin banyak yang kami akan dapat dengan izin Nya. Pengalaman inilah yang akan membentuk kami menjadi seorang yang lebih berjaya, dan insyaAllah akan merubah hidup kami ke arah yang lebih baik terutamanya dari segi kewangan..insyaAllah..


“Malam ni memang kelam kabut. Petang tadi customer bagitahu ade lagi tempahan tudung #Aismaa kami. Nak warna Hijau Daun dengan krim. Bila check stok xde warna tu. Terus decide lepas maghrib gerak beli kain..bawak kete bukan main laju bimbang kedai kain tutup awal. Dah sampai beli kain cepat2..habis je bayar, pintu kedai tu trus tutup..haha..nsib baik sempat keluar kalau tak kena tido pulak kat situ kot malam ni..hehe. 😂😂😂
Lepas beli kain dalam pukul 9 trus gerak seksyen 18 cari benang..sini pun sama sampai2 pintu kedai dah tutup separuh..alhamdulillah blh masuk lg..pekerja dia pn bagus sgt still layan kami cari benang..tapi memang laju la dia buat keje sebab dah nak balik..hehe..alhamdulillah semua settle..ni singgah kt ole2 beli cool station buat ubat rushing td..hehe.. 😅
Alhamdulillah ya Allah kerana melancarkan urusan kami..😊😊😊”

Petikan post Fb : Mohd Hanis Mohd Sidek 04.08.2016
Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa


#tipsinfotudunghanaismaa
#diariperjalananhanaismaa

No comments:

Post a Comment