Semua orang mengimpikan pekerjaan yang hebat-hebat dan profesional. Tidak ketinggalan juga team member kami Fawziah atau lebih dikenali sebagai Gee. Gee merupakan seorang graduan daripada UiTM lepasan Ijazah Kejuruteraan Awam. Tetapi mugkin nasibnya tidak sebaik kawan-kawan yang lain. Gee belum dapat apa-apa peluang pekerjaan selepas menamatkan pelajaran setahun yang lepas. Bila mengenangkan nasibnya, memang terasa sangat sedih kerana masih tidak mendapat pekerjaan yang diingini. Tambahan lagi Gee masih tinggal bersama mak dan ayah, memang rasa tersangat malu kerana masih bergantung kepada mak dan ayah walaupun dah besar.
Tapi nasib tidak sepatutnya dipersalahkan. Rezeki ada dimana-mana, Gee perlu bergantung kepada diri sendiri untuk berusaha. Gee merupakan seorang yang serba boleh. Dia seorang yang sangat teliti dalam pekerjaannya dan sangat gigih untuk menyempurnakan kerjanya. Kami di Hanaismaa cuba mencari peluang bersama-sama Gee untuk memulakan perniagaan tudung, disamping dapat membantunya untuk mencari pendapatan. Kami tahu, sekiranya Gee berusaha dengan kuat dia akan berjaya. Dengan kemahirannya menjahit, kami dapat mulakan perniagaan kami dengan rekaan tudung kami sendiri. Kami percaya Gee boleh mencapai lebih daripada apa yang rakan-rakannya akan capai kerana usaha yang gigih dalam bidang perniagaan akan membantu Gee mendaki lebih jauh pada masa akan datang.
"Assalamualaikum n hai..
Nama diberi Fawziah Binti Mohd Sidek..
Anak yang ke-4 daripada 8 adik-beradik.
Dahulu aku rasakan hidup aku sentiasa dipermudahkan.
Dari mula aku belajar di sekolah rendah hinggalah aku habis
belajar di universiti.
Semuanya dipermudahkan.
Walaupun result tidak berapa tinggi, namun Allah masih bagi
aku peluang untuk terus belajar hingga ke peringkat tinggi.
Ramai lagi yang teringin sangat nak belajar tinggi tetapi x
dapat peluang tu.
Alhamdulillah..😊😊
Selepas aku dah habis belajar tiba masanya untuk aku mula
mencari kerja.
Aku cuba hantar resume kepada banyak syarikat, terutama
dalam kerajaan.
Tetapi tiada panggilan temuduga.
Mungkin kerana ekonomi negara sekarang x berapa elok.
Mungkin ini masanya untuk aku rasa susah lebih sedikit.
Lama-kelamaan aku rasakan tidak layakkah aku ni untuk jadi
seorang pekerja?
Aku mula rasa segan dengan mak ayah.
Walaupun dah besar aku masih lagi buat mak ayah aku bimbang
tentang masa depan aku. Sedih..segan..malu..semuanya ada.😢😢
Pada suatu hari, abang dengan kakak ipar ajak keluar.
Mereka pergi ke kedai singer untuk membeli sebuah mesin
jahit.
Disitulah bermulanya HANAISMAA dan disitu juga titik
permulaan aku sebagai seorang tukang jahit.
Sebelum tu aku tak reti nak pakai mesin jahit.
Aku cuba belajar sedikit demi sedikit sehingga sekarang aku
dapatkan hasilkan satu tudung ciptaan team HANAISMAA sendiri.
Aku rasa sangat bangga.
Abang pernah berkata " Kak yah, sekarang ni kak yah
sudah berkerja. Kak yah berkerja untuk abang dan untuk HANAISMAA."
Aku rasa sangat gembira dan dengan bangganya sekarang aku
boleh cakap yang aku dah berkerja.😎😎
Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Kau bagi aku
peluang untuk aku menjadi seorang pekerja melalui abang aku..😃😃
Alhamdulillah.."
Petikan post Fb : Fawziah Mohd Sidek 09.08.2016
Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu
dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami
secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tipsinfotudunghanaismaa
#diariperjalananhanaismaa
No comments:
Post a Comment