Mungkin ramai daripada anda yang tercari-cari cara yang betul untuk mencuci, dan menjaga tudung kesayangan kan...ye la bukannya murah nak beli..lagi2 sekarang barang semua mahal & nak beli tudung pun jarang2 je boleh beli. Benda yang susah nak dapat ni mesti la kita nak jaga betul2 kan. Tapi masalahnya tak ramai diantara kita yang tahu apa yang nak kena buat dan apa pantang larang semasa membasuh dan menjaga tudung ni supaya tudung kita tahan lama dan kekal cantik semasa kita memakainya walaupun dah lama digunakan. Nak tahu macam mana caranya? Ikuti tips-tips dibawah..
1. Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
2. Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun sabun mandi selama 15minit, kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup (ditempat matahari tidak terlalu terik).
3. Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan kain serta tudung yang memiliki awning.
4. Setiap kali membasuh tudung, elakkan dari bercampur dengan pakaian lain.
5. Cara melipat yang betul, elakkan melipat bahagian awning kerana ia boleh menyebabkan awning tidak kelihatan cantik apabila memakainya.
6. Jika bahagian awning berlipat, basahkan sedikit dengan percikan air atau pelembut, kemudian gosok bahagian dalam awning berkenaan. Ia akan terbentuk semula.
7. Bagi tudung lycra pula, ia tidak perlu digosok kerana kain jenis ini tahan kedutab terutama jika bercorak. Sekiranya ingin menggosoknya pastikan anda menggunakan suhu yang rendah atau pun anda boleh gunakan steam iron.
![]() |
Shawl Hanaismaa |
Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tudungonline
#tudungshawl
#tudunginstant
No comments:
Post a Comment