Betul la orang kata. Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Sehebat mana pun perancangan kita, jika Allah tak izinkan pasti kita tidak dapat apa yang kita mahukan.
Hari ni punya cerita, kami akan pergi ke pasar minggu untuk meneruskan perniagaan tudung kami. Semua barang dah pun ready dari semalam lagi dalam kereta. Tapi apakan daya kuasa Allah menjangkaui segala perancangan kita hambanya. Dalam perjalanan ke tempat kerja, tiba-tiba tayar kereta kami pecah... bukan pancit ye, PECAH..huhuhu. Padahal tayar tu baru je ditukar tak sampai sebulan. kami pun buntu macam mana boleh pecah. Dalam kepala ni serabut memikirkan belanja yang perlu dikeluarkan dan masa yang perlu dikorbankan untuk menggantikan tayar.
Tapi walaubagaimanapun, kami tetap percaya bahawa ini adalah sebahagian daripada ujian yang Allah turunkan kepada kami. Adakah kami orang yang mudah berputus asa?? Atau kami akan meneruskan usaha bagi mencapai kejayaan dalam business ini. Kami tahu Allah bersama orang-orang yang sabar dan melimpahkan rezeki kepada orang-orang yang berusaha dan bersyukur. Kami mengambil apa yang berlaku pada hari ini sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha untuk mencapai apa yang kami inginkan.
Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 17 June 2016
Boleh tonton video di Link FB Mohd Hanis Mohd Sidek untuk melihat apa yang berlaku pada hari ini.. : https://www.facebook.com/mohdhanis.mohdsidek/videos/1076030102453228/
Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tudungonline
#tudungshawl
#tudunginstant
No comments:
Post a Comment