Friday, 10 June 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Permulaan Hanaismaa Berniaga di Pasar Malam

Assalamualaikum wrt wbt..

Agak-agak ada tak orang yang bercita-cita nak menjadi peniaga di pasar malam? Masa kita kecil mak ayah selalu bawa kita ke pasar malam beli baju la..kadang-kadang beli pop corn la..ayam goreng laa.. Tapi setiap kali kita tengok orang yang berniaga kat pasar malam, pernah tak kita rasa nak berniaga macam dia? Rasanya kebanyakan daripada kita nak kerja best-best kan...nak kerja pejabat dalam aircond, tak nak panas-panas...nak jadi jurutera, nak jadi pilot, nak jadi doktor, arkitek. Boleh dikatakan semua yang profesional punya kerjaya la...betul tak??

Tapi bukan semua orang dapat mencapai apa yang kita inginkan. Kalau nak dibandingkan dengan keadaan ekonomi sekarang, ternyata walaupun kita dah bekerja sebagai jurutera seperti salah seorang dari team Hanaismaa kami Mohd Hanis Mohd Sidek, gaji yang diperoleh setiap bulan masih tidak cukup untuk kehidupan harian yang selesa. Bila memikirkan tentang masa hadapan, memang tidak mampu untuk teruskan kehidupan jika hanya bekerja. Kerana inilah kami mula menyusun langkah untuk memulakan perniagaan tudung. Dan perkara yang terakhir yang kami terfikir untuk kami lakukan adalah memulakan perniagaan di pasar malam. Berniaga di pasar malam memang perkara yang betul-betul memaksa kami keluar daripada zon selesa kami. Bagaimanapun usaha tetap perlu dijalankan untuk masa hadapan.

"Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke-5 berpuasa..& hari ini juga kami akan melakukan sesuatu yang extra untuk bisness kami..insyaAllah akn join meniaga kat pasar mggu utk tudung kami. Xpernah terfikir nak meniaga kat pasar..hehe 
Setakat ni semua dipermudahkan oleh Allah..ramai yang support..alhamdulillah.. Doakan kami ye.. " -"

Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 10 June 2016



"Alhamdulillah...berkat doa kawan2 semua..dan pertolongan kawan2..kami dah pun mula menjual tudung kami secara direct dengan customer.. ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Škami dapat lihat sebenarnya ramai yang minat tudung yang kami jual bila tengok dan rasa depan2...

Rasa lebih bersemangat kalau berniaga macam ni...sale lebih byk dr menunggu org kol..alhamdulillah Allah permudahkan.."

Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 10 June 2016




Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa

#tudungonline
#tudungshawl
#tudunginstant

No comments:

Post a Comment