Saturday, 18 June 2016

Kepakaran Kami : Siapa Di Antara Anda Yang Ingin Kami Bantu

Assalamualaikum wrt. wbt.

Kepakaran kami ialah dalam membantu menyelesaikan masalah pemakaian tudung yang singkat, remeh, perlu mengambil masa yang lama untuk bersiap dan perlu digosok, yang dihadapi oleh ramai wanita yang telah berkeluarga dan berkerjaya dengan cara menyediakan tudung labuh, mudah dipakai (instant), mudah dibasuh dan tidak nampak berkedut. Berapa ramaikah dikalangan anda ingin tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah pemakaian tudung ini?

Hari ini kami amat bersyukur kerana telah mempunyai sebuah syarikat pengeluaran tudung yang diusahakan bersama adik beradik kami. Syarikat kami menjahit dan menjual tudung termasuk daripada rekaan kami sendiri kepada pelanggan secara terus, melalui ejen dan juga melalui online.

Sebelum ini kami telah melalui pelbagai kesusahan dan keperitan. Kami pernah mempromosikan tudung kami di Universiti di Selangor yang mana langsung tiada apa-apa respon daripada mereka. Kami juga telah mengedarkan flyers-flyers kami ke kawasan perumahan di Shah Alam, dan banyak modal yang kami keluarkan untuk flyers ini tapi still tidak ada orang yang menghubungi kami semula. Memang sedih la masa tu..



Flyers Hanaismaa

Flyers Hanaismaa
Masih ingat pada suatu hari, ketika kami adik beradik membeli barang keperluan di sebuah pasaraya, kami bertanyakan kepada adik perempuan kami berapa wang yang dia ada untuk kami pinjam untuk membuat bayaran. Ternyata jawapan yang diberi amat menyentuh hati kami. Adik kami menggoncangkan beg duitnya yang hanya terdengar bunyi duit syiling, dan jawapan dia kepada kami, "saya tiada duit..." kami tahu dia sedih dan malu sangat masa tu. Dan dulu dia pernah mengeluh, "saya seorang je dalam adik beradik kita yang tidak berjaya sebab tidak boleh masuk universiti". Pada masa itu kami terus membuat keputusan, KAMI MESTI TOLONG ADIK KAMI! THIS IS OUR RESPONSIBILITY TO PROVE THAT SHE DON’T NEED A DEGREE TO BE A SUCCESSFUL PERSON!

Sehinggalah kami mengambil keputusan untuk membuat perniagaan tudung yang mana boleh membantu adik perempuan kami yang mana boleh menggunakan kemahiran menjahitnya (yang kini sedang belajar di Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai Terengganu). Hari ini bukan sahaja boleh membantu adik kami, tetapi juga semua adik beradik kami yang juga bersama-sama dalam menguruskan perniagaan ini. Impian kani adalah untuk memberikan pendapatan sehingga 5 angka kepada setiap ahli di dalam team Hanaismaa ini insyaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan kami..amin Ya Rabbal Alamin..

Alhamdulillah kami bersyukur kerana pada hari ini kami telah berjaya mengeluarkan tudung hasil dari idea dan rekaan kami sendiri yang berkonsepkan muslimah dan instant dan sehingga kini telah berjaya dijual di Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, dan yang paling memeranjatkan pelanggan daripada singapura juga berminat untuk membeli tudung rekaan kami kerana keunikannya yang tidak ada pada pengeluar lain. Alhamdulillah..


Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa

#tudungonline
#tudungshawl
#tudunginstant

No comments:

Post a Comment