Monday, 20 June 2016

5 LANGKAH MEMBASUH TUDUNG YANG MEMPUNYAI AWNING

Sebelum tu nak tanya dulu, korang tahu tak Awning tu apa ye?
Awning adalah bahagian atas tudung yang selalunya lebih tebal dan keras. Awning terdiri daripada pelbagai jenis material seperti Shantung Silk, kain Broked, kain Kapas Jepun, kodroi dan sebagainya. Kain pengeras lebar 2 inci dibuat penuh pada bahagian depan supaya tiada kesan terlipat/patah.
Langkah membasuh tudung :

1. Celupkan tudung ke dalam air sabun dengan memegang bahagian awning. Seeloknya delicate fabric wash/syampu/sabun mandi.

2. Kalau nak rendam, boleh tapi jangan terlalu lama (jangkaan hanya 5 minit) untuk elakkan daripada awning menjadi rosak. Caranya masukkan body tudung dalam baldi, tetapi bahagian awning jangan direndam bersama, gantung pada bibir baldi.

3. Sekiranya ada budget digalakkan menggunakan dry cleaning terutama pada yang ada batu atau lace.

4. Jangan sental tudung terlalu kuat kerana dikhuatiri akan merosakkan fabrik. Ada beberapa jenis awning yang akan lembik apabila kerap dibasuh. Oleh itu jangan rendam terlalu lama atau gosok sewaktu ia lembab.

5. Cara mengeringkan tudung ialah dengan menyidai tudung dengan menggunakan penyepit. Bahagian awning perlu dilepaskan ke bawah dan elakkan daripada berlipat.

Awning

Moga info ini bermanfaat untuk anda amalkan supaya tudung anda akan bertahan lebih lama.

Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa

#tudungonline
#tudungshawl
#tudunginstant

No comments:

Post a Comment