Saturday, 30 July 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Rasa Macam Kena Tampar Je...

Dalam kita berusaha kadang-kadang kita lupa, segala yang berlaku bukan kerana usaha kita tapi semuanya adalah kerana Allah yang tetapkan. Laa Hawla wa laa Quwwata Il-la Bil laah.. " 

لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله yang bermaksud : Tiada daya upaya melainkan Allah. Walau apa pun yang kita rancangkan, apa pun yang kita usahakan, semuanya tidak akan tercapai jika Allah tidak mengizinkan. Bila kita dah berusaha, berpenat lelah, buat la apa pun semampu kita, pastinya kita akan menangis dan kecewa jika kita merasakan semuanya adalah kerana hasil tindakan kita. 


Ini apa yang telah kami rasai..pelbagai usaha yang telah kami lakukan tetapi akhirnya tidak menjadi. Kecewa betul rasanya..



"Assalamualaikum wrt wbt.
Ya Allah frust betul rasanya semalam...masa tengah setting kemah kat pasar malam jalan kebun semalam, semua dah okay dah..last skali nak pasang lampu sebab dah nak gelap..dah pasang semua lampu..dah excited kemah akan terang benderang & customer dah boleh tengok clear tudung2 kami..masa nak hidupkan generator..tarik punya tarik tali generator tu...tiba2 tali tu putus! Arrgghhh..masa tu frust xtahu nak cakap..ya Allah sedih betul rasanya...trus bad mood..x pernah rasa semangat macam tu tiba2 spoil sebab tali putus...tringat jugak ni takdir Allah..Allah nak uji ko ni...tp still sedih...try jugak repair sendiri..sambung balik tali starter dia tp dah xleh start sebab tali dah pendek..huhu 😢😢😢
Last2 ambik keputusan pakai lampu LED yang connect bateri kereta...lampu malap jugak mcm sebelum ni tp masa tu tengah frust sebab dah seminggu dh excited kemah akan terang...smpai balik xde mood..
Tapi Allah dah tunjukkan kt aku bkn nasib aku paling buruk..masa dah nak balik kawan bgth van dia xboleh start..bateri habis sebab lupa tutup suiz kunci. Tapi dia tetap senyum and bila dah settle kete blh start blk dia tetap senyum..lgsg x mrh..Rasa mcm kena tampar je..huhu
Ya Allah aku bersyukur pada Mu atas segala yang Engkau berikan padaku..ampunkan dosaku ya Allah.."

Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 30.07.16



Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa

No comments:

Post a Comment