Sunday, 10 July 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Air Mata Pengorbanan

Setiap kejayaan pasti memerlukan pengorbanan. Seperti mana yang diberitahu oleh guru kami, "untuk berjaya kita mesti bertindak! Fast action fast result! Slow action no result! Keluar daripada comfort zone!". Itulah keputusan yang mesti kami ambil untuk meneruskan usaha dalam perniagaan kami. Bukan senang nak senang...air mata perlu dititiskan...walaupun daripada insan yang paling kami sayang...ibu kami...

Assalamualaikum wrt wbt.
Alhamdulillah dah sampai rumah kat selangor selepas merentasi jam kat Lebuhraya Pantai Timur, LPT..tamatlah sudah beraya kat kampung..even lama cuti kali ni tapi still rasa x puas..hehe..next focus kat kerja and bisnes pulak.. ðŸ˜Š
Hari ni saya bawak skali adik perempuan ikut balik selangor..bermula la tugas dia kat sini untuk fokus pada bisnes kami sepenuh masa.. Tapi masa nak bertolak pagi tadi, tengah2 kami bersalaman dan berpelukan dengan mak dan ayah tersayang, terpandang mata mak merah. Mak menangis. Rupa2nya adik pun menangis masa salam & peluk mak..mak sedih nak lepaskan adik..& adik pun sedih nak berpisah dengan mak. Adik memang dari dulu lagi cakap nak duduk dengan mak, cari kerja pun mesti dekat dengan rumah mak...tapi untuk masa depan adik terpaksa mak lepaskan.. ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢
Saya pasang harapan yang tinggi. Nak tolong adik2 saya berjaya. Tapi lepas tengok mak dan adik menangis pagi tadi, saya rasa tanggungjawab saya jadi lebih besar. Saya mesti berusaha lebih kuat untuk bisnes Hanaismaa ni. Lepas ni kena push lagi...and kene semangat lagi..taknak hancurkan harapan mak ayah...air mata pagi ni mesti berbaloi..insyaAllah ini akan jadi semangat untuk kami untuk lebih berusaha...amiin..
Kalau sebelum ni kami tak ada Generator untuk pasang lampu kat kemah kami. Kalau malam dah gelap kemah kami paling malap. Orang lalu lalang depan kedai pun xnampak tudung yang kami jual. Kami nak beli sendiri generator tapi modal tak cukup. Tapi betul apa kawan saya cakap. Buat je dulu nanti Allah buka jalan.
Alhamdulillah dengan kuasa Allah mak sedara bagi kami guna generator dia. Bukan pinjam, bukan sewa, bukan beli tapi bagi terus. Alhamdulillah..hanya Allah boleh balas jasa baik mereka suami isteri.. ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
InsyaAllah esok bermula la hari baru untuk kami lebih berusaha...semoga semuanya akan dipermudahkan oleh Allah...KEEP ON WORK HARD..NEVER STOP..NEVER GIVE UP!
Wassalam..

Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 29.06.16

Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa

#tudungonline
#tudungshawl
#tudunginstant

No comments:

Post a Comment