Friday, 29 July 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Rasa seronok sebenarnya berniaga ni...

    Kalau tak cuba kita tak tahu. Pernah dengar tak kata-kata ni?? Memang betul la apa orang tua-tua dulu cakap. Belum cuba belum tahu. Bila dah cuba, bila dah tahu, silap-silap boleh jatuh cinta..hehe. Macam tu la jugak apa yang jadi pada kami. Bila dah berniaga ni, rasa macam ni adalah kerja yang paling best dalam dunia. Mana tak nye...macam-macam pengalaman kita boleh rasakan. Yang pahit, yang tawar, yang manis..dan perasaan yang paling best adalah kemanisan selepas tempuh kepahitan. Kegembiraan yang kita rasa memang tak boleh digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya ucapan syukur sahaja yang keluar dari mulut kami...kerana kami tahu segalanya adalah pemberian darinya. Allah tu maha adil dan maha bijaksana kan? Apalah erti kemanisan tanpa kepahitan. Kebahagiaan sebenar hanya akan dirasai setelah melalui kesusahan. 

    Selain itu, kami juga dapat bertemu dengan ramai sahabat-sahabat baru dikalangan peniaga-peniaga. Ini sekaligus dapat membantu kami dalam mengembangkan perniagaan kami. Perkara penting yang kami belajar daripada Dr. Azizan Osman adalah pentingnya kita berada dikalangan orang yang hebat/berpengaruh dalam perniagaan, iaitu didalam 'circle of genius'. Kerana mereka akan membantu kita bukan sahaja dari segi mencari peluang dalam perniagaan tetapi juga sebagai motivator didalam bidang perniagaan. Orang yang sudah berjaya akan suka orang lain turut berjaya. Mereka mempunyai pemikiran yang sangat positif dan ini amat penting untuk peniaga-peniaga baru seperti kami.

    Bila dah suka, apa-apa pun kita dah tak kisah kan. Kalau kena tidur lambat pun sudah tak kisah. Walaupun rasa mengantuk pada hari esoknya, masih lagi rasa bersemangat nak teruskan usaha. Dah tak kisah dah walaupun rasa penat. Kalau dulu mesti dah baring depan tv berehat sambil tengok movie atau cerita korea..melepaskan penat la kononnya, sampaikan membazir terlalu banyak masa berehat dan tonton tv. Seperti pesan cikgu kami Dr. Azizan Osman, untuk mendapat sesuatu yang kita tidak pernah dapat, kita mesti lakukan sesuatu yang kita tidak pernah lakukan. Mesti keluar dari 'comfort zone'.

    Kami terfikir balik apa yang kami dah buat selama ini. Betapa membazirnya masa-masa dan umur kami selama ini. Kalau kami dah mula buat sesuatu dulu tentu kami dah capai sesuatu. But its never too late to start something kan. Apa-apa pun yang penting kami dah mulakan langkah. 

Ni petikan post daripada salah seorang ahli hanaismaa yang tengah bersemangat nak berniaga..hehehe


"Sekarang pukul 1pg still belum tido. Tengah excited nk gi meniaga pasar malam esok..prepare barang2 utk pasar malam...insyaAllah esok kemah kami akn berwajah baru 😆. Adik dengan wife tengah bizi nak siapkan tudung Aismaa...skit je lagi..sabar ye customer..insyaAllah Aismaa kami yang terbaik utk anda.. 😊
Meh nak blanje tudung Aismaa yang kami tengah siapkan..hehe" 😊😊😊

Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 29.07.16


Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa


#tudunghanaismaa
#tudunginstant
#tudungonline
#tudungonlinemurah
#pakartudunganda


Tudung Instant Aismaa

Tudung Instant Aismaa



Tudung Instant Aismaa

No comments:

Post a Comment