Saturday, 30 July 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Kemanisan Nikmat Setelah Di Uji

    Lemahnya manusia sebagai hamba Allah. Allah telah menjadikan kita sebagai sebaik-baik kejadian dan Allah yang maha mengetahui segalanya tentang kita sebagai hambanya. Jika kita mengambil kata-kata ini, memang betul kita dikurniakan oleh Allah A.K.A.L, yang mana tidak ada pada makhluk-makhluk Allah yang lain. Tetapi janganlah kita merasakan besar dan hebatnya kita sebagai manusia kerana kelebihan ini. Memang betul kita dah pun mencapai banyak kejayaan sebagai bangsa manusia di atas muka bumi ini. Kerana kebijaksanaan kita, pelbagai kemajuan dan pembangunan yang telah kita adakan. Tetapi kita mestilah ingat, sehebat-hebat ciptaan, maka hebat lagi lah penciptanya. 

    Kita ambil contoh, kereta yang paling laju di dunia, kereta Bugatti Veyron Super Sport yang mencapai tahap kelajuan 267.7 batu sejam, yang diciptakan oleh manusia. Ini memang membanggakan penciptanya kerana telah berjaya menghasilkan kereta sehebat ini. Tentulah orang akan memuji dan memperkatakan tentang kehebatan orang yang telah menciptanya. Tetapi jika difikirkan semula, sehebat-hebat manusia, siapakah yang telah menciptakan manusia. Sudah tentulah Allah yang menciptakan manusia adalah Pencipta yang paling agong. Jika kita sebagai manusia, tentulah kita mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk setiap ciptaan kita. Begitu juga dengan Allah, tuhan menciptakan manusia. Dia tahu apa yang baik dan yang buruk, lebih dari diri kita sendiri. 

    Kadang-kadang bila di uji, sesuatu yang kita rancangkan tidak menjadi. Kita menjadi marah dan kecewa. Tetapi itu adalah apa yang telah Allah tetapkan dan semestinya itu adalah yang terbaik untuk diri kita. Kadang2 Allah nak berikan ujian, adalah untuk kita lebih mensyukuri nikmat yang akan diberikan. Ini yang berlaku kepada kami. Kami telah diuji dengan keadaan lampu khemah kami yang tidak boleh dipasang. Khemah kami berada dalam keadaan yang gelap dan malap. Berbagai usaha yang kami lakukan untuk menerangi khemah kami, dan pada saat yang kami sangkakan usaha kami dah berhasil, sekali lagi kami kecewa kerana masih gagal menerangi khemah kami kerana mengalami kerosakan pada generator kami. Sungguh kecewa bila itu berlaku.

   Tetapi kemanisan yang sebenar telah kami rasai pada petang 30 hb Julai 2016, bila kami melihat khemah kami akhirnya terang. Setelah sabar di uji beberapa kali, akhirnya kami rasa sangat gembira..dan itu adalah saat yang sangat bererti bagi kami dan tidak akan kami lupakan.




"Alhamdulillah generator dah okay!! Kemah dah terang!! Yeahhh!!! Alhamdulillah ya Allah.. ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š"



"Pengajaran yang aku dapat minggu ni...Allah bersama orang2 yg sabar ðŸ˜Š"


Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 30.07.16



Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa

#diariperjalananhanaismaa

Diari Perjalanan Hanaismaa : Rasa Macam Kena Tampar Je...

Dalam kita berusaha kadang-kadang kita lupa, segala yang berlaku bukan kerana usaha kita tapi semuanya adalah kerana Allah yang tetapkan. Laa Hawla wa laa Quwwata Il-la Bil laah.. " 

لا Ø­َÙˆْÙ„َ Ùˆَلا Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِلا بِالله yang bermaksud : Tiada daya upaya melainkan Allah. Walau apa pun yang kita rancangkan, apa pun yang kita usahakan, semuanya tidak akan tercapai jika Allah tidak mengizinkan. Bila kita dah berusaha, berpenat lelah, buat la apa pun semampu kita, pastinya kita akan menangis dan kecewa jika kita merasakan semuanya adalah kerana hasil tindakan kita. 


Ini apa yang telah kami rasai..pelbagai usaha yang telah kami lakukan tetapi akhirnya tidak menjadi. Kecewa betul rasanya..



"Assalamualaikum wrt wbt.
Ya Allah frust betul rasanya semalam...masa tengah setting kemah kat pasar malam jalan kebun semalam, semua dah okay dah..last skali nak pasang lampu sebab dah nak gelap..dah pasang semua lampu..dah excited kemah akan terang benderang & customer dah boleh tengok clear tudung2 kami..masa nak hidupkan generator..tarik punya tarik tali generator tu...tiba2 tali tu putus! Arrgghhh..masa tu frust xtahu nak cakap..ya Allah sedih betul rasanya...trus bad mood..x pernah rasa semangat macam tu tiba2 spoil sebab tali putus...tringat jugak ni takdir Allah..Allah nak uji ko ni...tp still sedih...try jugak repair sendiri..sambung balik tali starter dia tp dah xleh start sebab tali dah pendek..huhu ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢
Last2 ambik keputusan pakai lampu LED yang connect bateri kereta...lampu malap jugak mcm sebelum ni tp masa tu tengah frust sebab dah seminggu dh excited kemah akan terang...smpai balik xde mood..
Tapi Allah dah tunjukkan kt aku bkn nasib aku paling buruk..masa dah nak balik kawan bgth van dia xboleh start..bateri habis sebab lupa tutup suiz kunci. Tapi dia tetap senyum and bila dah settle kete blh start blk dia tetap senyum..lgsg x mrh..Rasa mcm kena tampar je..huhu
Ya Allah aku bersyukur pada Mu atas segala yang Engkau berikan padaku..ampunkan dosaku ya Allah.."

Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 30.07.16



Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa

Friday, 29 July 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Rasa seronok sebenarnya berniaga ni...

    Kalau tak cuba kita tak tahu. Pernah dengar tak kata-kata ni?? Memang betul la apa orang tua-tua dulu cakap. Belum cuba belum tahu. Bila dah cuba, bila dah tahu, silap-silap boleh jatuh cinta..hehe. Macam tu la jugak apa yang jadi pada kami. Bila dah berniaga ni, rasa macam ni adalah kerja yang paling best dalam dunia. Mana tak nye...macam-macam pengalaman kita boleh rasakan. Yang pahit, yang tawar, yang manis..dan perasaan yang paling best adalah kemanisan selepas tempuh kepahitan. Kegembiraan yang kita rasa memang tak boleh digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya ucapan syukur sahaja yang keluar dari mulut kami...kerana kami tahu segalanya adalah pemberian darinya. Allah tu maha adil dan maha bijaksana kan? Apalah erti kemanisan tanpa kepahitan. Kebahagiaan sebenar hanya akan dirasai setelah melalui kesusahan. 

    Selain itu, kami juga dapat bertemu dengan ramai sahabat-sahabat baru dikalangan peniaga-peniaga. Ini sekaligus dapat membantu kami dalam mengembangkan perniagaan kami. Perkara penting yang kami belajar daripada Dr. Azizan Osman adalah pentingnya kita berada dikalangan orang yang hebat/berpengaruh dalam perniagaan, iaitu didalam 'circle of genius'. Kerana mereka akan membantu kita bukan sahaja dari segi mencari peluang dalam perniagaan tetapi juga sebagai motivator didalam bidang perniagaan. Orang yang sudah berjaya akan suka orang lain turut berjaya. Mereka mempunyai pemikiran yang sangat positif dan ini amat penting untuk peniaga-peniaga baru seperti kami.

    Bila dah suka, apa-apa pun kita dah tak kisah kan. Kalau kena tidur lambat pun sudah tak kisah. Walaupun rasa mengantuk pada hari esoknya, masih lagi rasa bersemangat nak teruskan usaha. Dah tak kisah dah walaupun rasa penat. Kalau dulu mesti dah baring depan tv berehat sambil tengok movie atau cerita korea..melepaskan penat la kononnya, sampaikan membazir terlalu banyak masa berehat dan tonton tv. Seperti pesan cikgu kami Dr. Azizan Osman, untuk mendapat sesuatu yang kita tidak pernah dapat, kita mesti lakukan sesuatu yang kita tidak pernah lakukan. Mesti keluar dari 'comfort zone'.

    Kami terfikir balik apa yang kami dah buat selama ini. Betapa membazirnya masa-masa dan umur kami selama ini. Kalau kami dah mula buat sesuatu dulu tentu kami dah capai sesuatu. But its never too late to start something kan. Apa-apa pun yang penting kami dah mulakan langkah. 

Ni petikan post daripada salah seorang ahli hanaismaa yang tengah bersemangat nak berniaga..hehehe


"Sekarang pukul 1pg still belum tido. Tengah excited nk gi meniaga pasar malam esok..prepare barang2 utk pasar malam...insyaAllah esok kemah kami akn berwajah baru ðŸ˜†. Adik dengan wife tengah bizi nak siapkan tudung Aismaa...skit je lagi..sabar ye customer..insyaAllah Aismaa kami yang terbaik utk anda.. ðŸ˜Š
Meh nak blanje tudung Aismaa yang kami tengah siapkan..hehe" ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š

Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 29.07.16


Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa


#tudunghanaismaa
#tudunginstant
#tudungonline
#tudungonlinemurah
#pakartudunganda


Tudung Instant Aismaa

Tudung Instant Aismaa



Tudung Instant Aismaa

Wednesday, 27 July 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Perasaan Setelah Melihat Perkembangan Hanaismaa Dan Sentiasa Bersyukur

Pernahkah kita terfikir bahawa kita akan menjalani satu perjalanan berlandaskan usaha kita sendiri bagi mendapatkan hasil pendapatan sendiri dan pekerja dibawah kita?? Tak pernah pun masa sekolah kita bayangkan bila dewasa nanti kita perlu mencari pendapatan melalui perniagaan kita sendri kan..?
Tetapi apabila kita dah dewasa, kita mula akan terfikir bagaimana ingin menjalani hidup ini dengan keadaan ekonomi Negara yang semakin hari semakin tidak menentu dan pekerjaan juga susah untuk kita dapat. Graduan pun banyak yang menganggur.. Jadi jalan yang kebanyakan rakyat lakukan bagi menyara kehidupan adalah melalui perniagaan.. 
Janganlah kita risau kerana dalam rasulullah S.A.W. bersabda " Sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan"

Setelah kami menceburi Perniagaan Tudung "HANAISMAA" ini la luahan salah seorang ahli team Hanaismaa...

"Assalamualaikum wrt wbt.
Minggu ni perasaan bercampur2..happy ada  excited ada ðŸ˜„ semangat ada ðŸ’ª bimbang pun ada ðŸ˜·..
Rasa happy excited & semangat dengan bisness ‪#‎tudunghanaismaa‬..sebab sekarang kami tengah naik..dr zero to something to proud..dr xde planggan sekarang pelanggan dah start ada. Dari dulu berniaga kat pasar duk menyelit kt celah kemah orang, x kenal orang, lampu pulak takde..sekarang Allah dah buka jalan ada tempat untuk berniaga..generator dah ada & boleh dipakai..daripada tudung tak banyak pilihan sekarang lebih banyak stok tudung & insyaAllah akn dibeli lagi supaya lebih banyak pilihan untuk customer..Alhamdulillah aku bersyukur ya Allah kerana telah melimpahkan rezeki mu kepada kami..alhamdulillah..semuanya milik Mu...hanya Engkau yang memberi Rezeki.
Tudung Hanaismaa baru start awal tahun ni..selepas berpakat dengan adik2...kita launch pada bulan January 2016. Masa tu kita dah keluarkan design kita sendiri yang pertama iaitu Tudung Aismaa (5 style in 1) boleh gayakan 5 cara dengan hanya 1 helai tudung..xperlu nak pakai pin/keronsang..memang ‪#‎superinstant‬. Tapi seperti yang Dr. Azizan Osman Cakap masa ‪#‎IMKKMei2016‬ kalau produk bgs mcm mana pun kalau tak pandai market ko pakai sendiri je la tudung tu..tu yang berlaku pada kami selama 5 bulan. Macam2 dh cuba tapi xde orang beli..tapi alhamdulillah selepas menuntut Elmu dengan Dr. Azizan Osman, semuanya mula berubah..baru 2 bulan cuba apa yang Dr. ajar dah boleh nampak perubahan..alhamdulillah..memang awsome la Dr. Azizan Osman ni..alhamdulillah Allah dah temukan kami dengan beliau.
Tapi mcm mana pun ni baru sikit..kami dah mula rasa bukan mudah nak berniaga ni..banyak cabaran dan pengorbanan yang perlu dibuat untuk mencapai segala cita2 kami. Tapi saya amat bersyukur dan kagum dengan semangat dan kesungguhan daripada team Hanaismaa (isteri dan adik2) yang tak kenal erti penat..isteri saya tengah sarat mengandung tapi semangatnya sangat kuat..ni yang saya bimbang...dia berjalan ke sana ke sini mencari tudung..tolong adik menjahit lagi..tolong berniaga di pasar lagi..adik saya pulak kerja x berhenti..nak jugak siapkan tempahan tudung yang customer kami mintak..saya rasa Team Hanaismaa ni sangat hebat..& insyaAllah akan berkembang lebih jauh selepas ini..amiiinn...
Ya Allah permudahkanlah urusan kami..murahkanlah rezeki kami...sesungguhnya hanya pada Mu kami meminta.."

Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 27.07.16

Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa



#tudungonline
#tudungshawl
#tudunginstant

Saturday, 16 July 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Hujan Lebat Waktu Mustajab Berdoa

Hujan lebat adalah waktu yang mustajab untuk berdoa. Kerana pada masa ini gelombang otak kita adalah pada gelombang yang paling baik, iaitu gelombang Alpha. Pada saat ini apabila kita memohon sesuatu doa daripada Allah, kita memohon dalam keadaan yang sangat tenang. Semua anggota badan, pemikiran, hati dan mulut kita berada pada 'alignment' yang sama..semuanya menginginkan apa yang kita doakan. Pada ketika inilah doa yang kita pohonkan mustajab dan insyaAllah di makbulkan oleh Allah SWT..aminn... (Pelajaran daripada kursus IMKK Mei 2016 oleh Dr. Azizan Osman).


Assalamualaikum wrt wbt.
Tengah hujan lebat sekarang ni..alhamdulillah masa mustajab untuk berdoa.. saya dah doa dah..yang belum tu doa la cepat2 sementara hujan lagi ni.. ðŸ˜Š
Petang ni insyaAllah akan ke sek 20 jual kat pasar sana pulak. Baru nak try meniaga kat sana. InsyaAllah dipermudahkan...amiin..
Bila dah meniaga ni best pulak rasa.. ðŸ˜Š kuatkan semangat tingkat kan usaha...get out from comfort zone.. & yang penting bersyukur... Allah dah cakap jika kita bersyukur nescaya Allah akan tambah.. ðŸ˜Š
Kejap lagi nak gi open haus..hujan2 ni lapo pulak..hehe.. selamat hari raya semua ðŸ˜Š



Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 15.07.16

Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa



#tudungonline
#tudungshawl
#tudunginstant

Friday, 15 July 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Kembali beroperasi di Pasar Malam Jalan Kebun

Lepas raya kita sambung perjuangan untuk berniaga. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan..yang penting kita berusaha dan terus berusaha. Orang yang dah kaya sekarang pun bermula dengan kesusahan jugak. Kami pernah melihat contoh yang sangat baik iaitu daripada Dato' Alif Shukri Terlajak Laris, beliau juga memulakan perniagaan beliau daripada pasar tani. Terima kasih Dato' kerana membakar semangat kami...

Kembali beroperasi..alhamdulillah.. hari ni mudah dapat tapak kosong..semoga dipermudahkan...amiinn..

Tapak kemah di Pasar Malam Jalan Kebun Klang
Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 15.07.16

Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa

#tudungonline
#tudungshawl
#tudunginstant

Thursday, 14 July 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Bila Kita Jaga Allah, Allah Jaga Kita

Dalam kesibukan nak berniaga, tak boleh tinggalkan kewajiban kita kepada Allah SWT. Kenapa macam tu?? Kenapa sembahyang kena jaga?? Sebab rezeki tu milik Allah. Kalau sombong dengan Dia macam mana nak KAYA?? Cikgu kami pernah berpesan, "macam mana nak kaya kalau kita sombong dengan yang MAHA KAYA??"...kami betul2 percaya dan berpegang pada prinsip ni..ni juga akidah kita sebagai seorang islam...tiada yang lain yang memberi rezeki selain daripada daripada Allah yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.


Alhamdulillah dah settle beli stok tudung baru kat jalan Tar pukul 10 malam td. Balik kerja terus bergegas ke KL..berbuka puasa kat dalam kereta je tadi..minum air masak..nak kejar bimbang kedai tutup punya pasal..hehehe
Sampai Jalan Tar dah 8.15 mlm..kite orang dah start bimbang kedai tutup..tapi macam mana pun kena sembahyang maghrib dulu..tengah cari2 mana nak cari tempat sembahyang tiba2 ternampak masjid kat dalam kawasan polis..alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.. ðŸ˜Š
Lepas sembahyang terus bergegas ke kedai tudung yang kami pernah pergi hari tu tapi kedai dah tutup..alamak!! Takkan nak balik je..bazir masa lagi..minyak lagi...penat lagi.. Lepas tu wife ngan adik try masuk kedai lain..harap2 harga x la mahal sangat...tapi nak dijadikan rezeki..rupe2nye harga lagi best dari yang kami pernah beli sebelum ni..alhamdulillah Allah tolong lagi..alhamdulillah.. ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
Esok insyaAllah akan start balik berniaga kat Pasar Jalan Kebun. Saya doakan semua nya dipermudahkan macam hari ni..amiinn. ðŸ˜Š


Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 15.07.16

Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa

#tudungonline
#tudungshawl

#tudunginstant

Sunday, 10 July 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Air Mata Pengorbanan

Setiap kejayaan pasti memerlukan pengorbanan. Seperti mana yang diberitahu oleh guru kami, "untuk berjaya kita mesti bertindak! Fast action fast result! Slow action no result! Keluar daripada comfort zone!". Itulah keputusan yang mesti kami ambil untuk meneruskan usaha dalam perniagaan kami. Bukan senang nak senang...air mata perlu dititiskan...walaupun daripada insan yang paling kami sayang...ibu kami...

Assalamualaikum wrt wbt.
Alhamdulillah dah sampai rumah kat selangor selepas merentasi jam kat Lebuhraya Pantai Timur, LPT..tamatlah sudah beraya kat kampung..even lama cuti kali ni tapi still rasa x puas..hehe..next focus kat kerja and bisnes pulak.. ðŸ˜Š
Hari ni saya bawak skali adik perempuan ikut balik selangor..bermula la tugas dia kat sini untuk fokus pada bisnes kami sepenuh masa.. Tapi masa nak bertolak pagi tadi, tengah2 kami bersalaman dan berpelukan dengan mak dan ayah tersayang, terpandang mata mak merah. Mak menangis. Rupa2nya adik pun menangis masa salam & peluk mak..mak sedih nak lepaskan adik..& adik pun sedih nak berpisah dengan mak. Adik memang dari dulu lagi cakap nak duduk dengan mak, cari kerja pun mesti dekat dengan rumah mak...tapi untuk masa depan adik terpaksa mak lepaskan.. ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢
Saya pasang harapan yang tinggi. Nak tolong adik2 saya berjaya. Tapi lepas tengok mak dan adik menangis pagi tadi, saya rasa tanggungjawab saya jadi lebih besar. Saya mesti berusaha lebih kuat untuk bisnes Hanaismaa ni. Lepas ni kena push lagi...and kene semangat lagi..taknak hancurkan harapan mak ayah...air mata pagi ni mesti berbaloi..insyaAllah ini akan jadi semangat untuk kami untuk lebih berusaha...amiin..
Kalau sebelum ni kami tak ada Generator untuk pasang lampu kat kemah kami. Kalau malam dah gelap kemah kami paling malap. Orang lalu lalang depan kedai pun xnampak tudung yang kami jual. Kami nak beli sendiri generator tapi modal tak cukup. Tapi betul apa kawan saya cakap. Buat je dulu nanti Allah buka jalan.
Alhamdulillah dengan kuasa Allah mak sedara bagi kami guna generator dia. Bukan pinjam, bukan sewa, bukan beli tapi bagi terus. Alhamdulillah..hanya Allah boleh balas jasa baik mereka suami isteri.. ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
InsyaAllah esok bermula la hari baru untuk kami lebih berusaha...semoga semuanya akan dipermudahkan oleh Allah...KEEP ON WORK HARD..NEVER STOP..NEVER GIVE UP!
Wassalam..

Petikan post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 29.06.16

Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa

#tudungonline
#tudungshawl
#tudunginstant

Friday, 8 July 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Masa Raya Pun Nak Cakap Bisness..hehe

Masa raya ni la baru boleh berkumpul dengan semua Team Hanaismaa. Tujuan asal nak gi beraya tapi ambil peluang untuk saling memotivasikan antara satu sama lain masa dalam kereta. Bak kata Wonder Pet : Apa yang Penting? KERJASAMA!!..hehe.. untuk menjadi sebuah team yang kuat, kami mesti bekerjasama dan saling menyokong antara satu dengan yang lain. Kami ingin menjadi team yang sangat kuat supaya akan datang kami boleh berdiri sebaris dengan Syarikat yang besar seperti Fareeda. Seperti sebuah bangunan yang tinggi dan gah, asasnya mestilah kuat dan teguh untuk menghalangnya daripada runtuh dalam mendaki langit yang tinggi. Begitu jugalah kami..asas kekuatan team kami juga mestilah kuat. InsyaAllah dengan sokongan dan kerjasama yang kuat daripada semua ahli team kami, kami akan berkembang dengan cepat dan menjadi sebuah syarikat yang disegani dalam dunia perniagaan ini..amiiin Ya Rabbal Alamiiin.. 



Assalamualaikum wrt wbt.
Geng Hanaismaa gi beraya hari ni..hehe.. Pukul 6 ptg baru turun dari rumah..sibuk duk melayan kawan lama datang beraya kat rumah...almaklumlah setahun skali je jumpe..hehe..
Petang tadi duduk dalam kereta sambil2 layan jam...duduk sembang2 pasal plan Hanaismaa jugak...nak jumpe susah dah...so ambik peluang masa jumpa ni...& alhamdulillah semua motivated..& masing2 sangat bersemangat..alhamdulillah..semoga Hanaismaa dapat berkembang maju & kami semua berjaya..amiinn ya rabbal alamiin.. ðŸ˜Š
Ape2 pn raya ni kite raya betul2..nanti dah kerja kita fokus pada kerja dan bisness. Mudah mudahan lepas raya ni rezeki lebih melimpah limpah..amiin..
Kami dari Team Hanaismaa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..Semoga raya anda semua meriah dan anda berbahagia bersama keluarga tersayang...jangan lupe ziarah saudara mara kat kampung ye.. ðŸ˜Š
Wassalam..

Complete Team Hanaismaa Pergi Beraya
Petikan Post FB : Mohd Hanis Mohd Sidek : 08.07.16

Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami boleh bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami@hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa



#tudungonline
#tudungshawl
#tudunginstant