Sunday, 18 September 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Kerana inilah kami mesti berjaya!!

Untuk kami di Hanaismaa, kami mempunyai sebab dan alasan yang kuat kenapa kami mesti berjaya. Untuk adik beradik kami. Untuk keluarga kami. Segalanya bergantung kepada kami untuk memastikan adik beradik kami boleh berjaya atau tidak. Itu apa yang kami sematkan dalam fikiran kami. Kami tidak ingin bergantung kepada hanya makan gaji sahaja kerana itu tidak akan menjamin masa hadapan kami.

Inilah matlamat kami.


"Assalamualaikum wrt wbt.
Alhamdulillah kami di Tudung Hanaismaa semakin mendaki gunung kejayaan yang ingin kami capai. Semakin banyak peluang yang Allah berikan kepada kami. Aku bersyukur ya Allah. Diatas segala yang Engkau telah limpahkan kepada kami. Cuma mungkin pendakian kami ni belum cukup tinggi. Boleh dikatakan baru hanya meletakkan tangan untuk mendaki. Tetapi insyaAllah dengan semangat dan matlamat yang jelas kami akan teruskan mendaki, menuju kejayaan dalam hidup kami.
Alhamdulillah kami dikelilingi oleh kawan2 yang membantu perniagaan kami. Ada yang tolong mempromosikan tudung kami, ada yang membantu untuk menjual tudung kami dan ada juga yang cuba membuka peluang untuk kami letakkan tudung kami di kedai-kedai. Tanpa kami duga Allah telah membuka jalan untuk kami melangkah. Alhamdulillah syukur pada Mu ya Allah..
Betul apa yang guru kami Dr. Azizan Osman katakan, kita kena ada matlamat yang JELAS untuk kita berjaya. Kenapa kita nak berniaga. Kerana KENAPA inilah yang akan membuatkan kita berusaha sedaya upaya dan tidak berputus asa untuk mencapai apa yang kita inginkan.
Begitu juga apa yang aku rasa. Bila memikirkan adik perempuan ku yang bertungkus lumus menjahit tudung, bagaimana boleh aku tingkatkan jualan tudung supaya adik aku dapat merasa hasil dari penat lelah dia selama ini. Aku tidak mahu mengatakan padanya yang abang minta maaf, abang gagal tunaikan janji abang untuk membantu adik2 abang untuk berjaya. Abang tak mampu nak bayar duit gaji kepada adik2 abang seperti mana yang abang janjikan. Aku x sanggup nak bayangkan jika itu berlaku. ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢
Ya Allah Engkau yang maha berkuasa, yang maha kaya. Engkau permudahkanlah urusan kami. Engkau limpahkanlah kami dengan rezeki yang berkat. Engkau pandulah kami. Sesungguhnya hanya padaMu kami memohon pertolongan..amin ya rabbal alamiiiin.."


Petikan post Fb : Mohd Hanis Mohd Sidek 28.08.2016


Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tipsinfotudunghanaismaa
#diariperjalananhanaismaa

Diari Perjalanan Hanaismaa : Jangan layan biawak tu... Mulakan sekarang!! Peluang akan datang sendiri

Bila dah belajar baru kami tahu. Bila dah tahu, kami buat, baru kami tahu betul atau tidak apa yang kami belajar. Memang betul! Sangat betul! Apa yang kami belajar?? Apa yang kami belajar dengan Dr. Azizan Osman adalah, jika kita nak ubah hidup, kita mesti mulakan sekarang. Ramai orang menunggu..sebab biawak (alasan2) dalam kepala dia banyak sangat. Nak tunggu dah bersedia la..nak tunggu ade duit modal la..nak tunggu peluang la..peluang tak ada macam mana nak mulakan. Kerajaan tak bagi bantuan macam mana nak mulakan? Amboi...banyak betul alasan ye..kuat betul biawak dalam kepala tu menyalak kan..
Cuba cakap kat biawak tu...KAU DIAAAMMMM!!! KALAU AKU IKUT CAKAP KO JE SAMPAI BILA-BILA AKU MACAM NI! SEKARANG KAU IKUT CARA AKU! SEKARANG AKU NAK START BERNIAGA! Confirm biawak tu akan kelu..dan mulakan langkah dengan berani untuk berniaga. Memang tak senang sebenarnya nak tundukkan biawak ni. Kita semua perlukan keyakinan kenapa kita perlu berniaga dan macam mana nak berniaga. Jadi ilmu itu amat penting untuk kita belajar.
Untuk kami, alhamdulillah kami dah pun mula belajar. Kami lawan biawak kami sebab kami tahu apa yang kami nak. Kami dah dapat rasakan apa yang Dr. Azizan Osman ajar adalah betul. Banyak peluang yang kami dapat selepas kami mulakan perniagaan...alhamdulillah..dan kami tahu lebih banyak peluang lain yang lebih besar akan datang pada kami insyaAllah..

“Assalamualaikum wrt wbt.
Bila kita mula Allah permudahkan. Nak bukti dia?
Betul apa cikgu kami ajarkan, DAO bagitahu kalau nak berniaga jangan tunggu masa yang sesuai sebab xkn ada masa yang sesuai. Sekarang la masanya! Jangan tunggu kita bersedia, sebab sampai bila2 kita tidak akan betul2 bersedia. Jangan tunggu peluang sampai pada kita baru kita nak rebut, sebab bila kita tidak bertindak sekarang kita tidak akan sedar sebenarnya peluang tu dah pun berada dihadapan kita.
Apa yang cikgu kesayangan kami ajarkan kini kami rasai. Kami dah tahu apa makna sebenar yang cikgu kami ajar selama ni. Selagi kita tidak mulakan kita tidak akan tahu. Tapi bila dah mulakan segalanya Allah aturkan untuk kita. Buktinya, esok peluang untuk kami kembangkan kawasan perniagaan kami telah Allah aturkan. InsyaAllah kami akan menyertai pasar pagi di Teluk Panglima Garang. Kali ni dari pukul 7pg hingga tghr. Allahuakbar!! Terima kasih ya Allah.. ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
Tapi macam mana pun dalam hati masih ada kerisauan. Dalam hati ni dah terfikir macam mana la nak masuk pasar sana nanti. Kite orang x kenal sapa2 kat sana. Bimbang ade masalah pulak nanti orang baru nak masuk tempat orang. Tapi dah nekad nak try pergi jugak. Kalau x try kita x tahu boleh ke tak. Tapi nak dijadikan cerita, Allah permudahkan urusan kami. Tadi kami jumpa kawan baru yang berniaga kat pasar seksyen 20, pasangan suami isteri. Rupa2nya diorang pun berniaga kat pasar Teluk Panglima garang jugak esok. Alhamdulillah ada jugak yang kami kenal. Apa2 senang la nak mintak tolong. Alhamdulillah Allah permudahkan. Ni la yang kami paham, bila kita mencuba, kita usaha, peluang tu sebenarnya ada, dan Allah permudahkan untuk kita..alhamdulillah ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
So, esok kena bangun awal2 pagi gerak pergi sana. Semoga Allah permudahkan urusan kami dan membuka lebih lagi jalan untuk kami..amin ya rabbal alamiiin.. ðŸ˜Š”



Petikan post Fb : Mohd Hanis Mohd Sidek 14.08.2016

Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tipsinfotudunghanaismaa

#diariperjalananhanaismaa

Saturday, 13 August 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Usaha untuk menjadi usahawan yang berjaya

Banyak perkara yang perlu kami tahu dan belajar untuk bisness ni. Kali ni kami belajar cara berurusan dengan pembekal untuk mendapatkan bekalan tudung baru dan kain tudung baru. Ada ramai pembekal yang kami jumpa dan mereka mengenakan harga yang berbeza-beza. Cara mereka respon pada kami juga berbeza bila kami cuba tawar menawar harga. Ada yang senang nak turunkan harga, tapi ramai yang berkeras untuk memberikan harga yang lebih murah.

Biasanya jika hanya kami beli banyak kami akan dapat murah tapi untuk  permulaan ni memang tak banyak yang kami boleh beli. Sangat penting untuk kami cari yang paling murah untuk maksimumkan keuntungan kami. Kami teringat cara Dr. Azizan Osman yang menunjukkan contoh cara menawarkan harga yang agak ‘brutal’ di kursus #IMKKMei2016 yang lalu..beliau menggunakan nada yang agak keras ketika tawar menawar sehingga kami yang mendengarnya rasa terkejut. Kadang-kadang teringin nak buat macam tu jugak tapi bimbang lain yang jadi..hehe.. Tapi macam mana pun bila dah kerap bertemu pembekal kami semakin pandai untuk tawar menawar..alhamdulillah.. InsyaAllah kami akan ada keberanian untuk jadi macam Dr. Azizan Osman pada masa akan datang..


Kami juga beruntung kerana berada dalam kalangan kawan-kawan yang menyokong kami. Ramai yang memberikan cadangan tempat-tempat yang kami boleh dapatkan harga yang lebih murah untuk bekalan kami, dan ada jugak kawan kami yang datang ke khemah kami untuk memberikan sokongan. Alhamdulillah..terima kasih kerana memberikan semangat kepada kami. InsyaAllah kami akan berikan yang terbaik yang kami boleh..


“Assalamualaikum wrt wbt.
Hari ni bersama adik ke jalan Tar untuk tambah lagi kain tudung dengan corak2 baru yang lebih menarik. Biasanya kami pergi cari kain waktu malam tapi kali ni try pergi siang pulak. Memang siang2 sibuk la jalan Tar ni..banyak sangat kemah2 yang dibuka. Dari tudung, baju, air, makanan, semua ada. Kalau x fokus silap2 melekat duk lepak cuci mata kat sini..hehehe.. ðŸ˜…😅😅

Kalau siapa yang biasa datang jalan Tar akan tahu macam mana suasana kat sini. Memang meriah..terpulang la larat ke x nak pusing2..hehe..hari ni kite orang pusing2 cari tudung lagi...timba pengalaman sebagai usahawan muda..macam mana nak berurusan dengan supplier..macam mana nak dapat barang murah..memang pengalaman yang best la kan..setiap hari kami belajar benda baru..dan setiap benda ni la yang akan membentuk kami menjadi usahawan yang hebat masa akan datang...insyaAllah ðŸ˜Š

Hari ni kami berada di pasar seksyen 20 pulak macam biasa. Kalau siapa yang ade dekat2 tu meh la sini..mana la tahu dapat harga istimewa..boleh la tengok stok2 tudung baru kami.. ðŸ˜Š Tadi pun ade kawan sekerja Kak Fuzah datang kat sini jumpa kami..katanya nak bagi support. Trm ksh sangat kepada kak Fuzah sebab support kami.. ðŸ˜Š
Kami doakan hari kami hari ini lebih baik daripada hari2 sebelum ni..aminn....ya rabbal alamiinn.. ðŸ˜Š”

Petikan post Fb : Mohd Hanis Mohd Sidek 13.08.2016

Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tipsinfotudunghanaismaa

#diariperjalananhanaismaa

Friday, 12 August 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Ujian yang mematangkan

Hari demi hari, perniagaan kami tetap diteruskan. Walau apa pun yang berlaku kami mesti teruskan usaha. Bukan senang nak senang, tapi senang nak susah. Tapi dari segi sudut positif, apa sahaja yang kami lalui, walaupun seperit mana, ia akan mendewasakan kami dalam menempuh cabaran di dunia ini.
Cabaran sebenar hanya boleh kami rasai dalam perniagaan. Jika hanya bekerja makan gaji, kami mungkin hanya melalui pengalaman yang sama sehari-hari. Tidak banyak yang boleh mengajar kami. Mungkin juga banyak tetapi ia tidak sepantas apa yang kami rasai ketika berniaga. Maksud kami ialah, kami perlu melakukan banyak perkara sendiri (berdikari) dalam membina empayar kami di dunia perniagaan ini. Segalanya perlu difikirkan dan perlu diaturkan sendiri.
Kami sangat ‘admire’ tokoh-tokoh perniagaan yang ada sekarang. Apabila kita mendengar cara mereka bercakap, cara mereka membuat keputusan, ia menggambarkan betapa banyak pengalaman yang mereka telah lalui. Bagaimana susah perit yang telah mereka lalui untuk menjadi orang yang di kagumi dan di sanjungi seperti sekarang. Kami sedar kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi ia boleh dicapai dengan ilmu dan usaha yang berterusan insyaAllah.
InsyaAllah, kami akan menjadi ‘TOKOH USAHAWAN’ pada masa akan datang.


"Assalamualaikum wrt wbt.
Alhamdulillah hari ni dipermudahkan lagi oleh Allah untuk kami mendapat tapak di pasar malam jalan kebun ni. Kawan2 yang ada kat pasar ni sangat membantu. Sampai2 tadi diorang tolong kami cop parking. Lepas tu tolong pasang kemah. Hari ni memang rushing sebab first time bukak kemah berdua je dengan adik. Biasanya isteri pun ada tolong skali. Tapi macam mana pun segalanya berjalan dengan sangat lancar.. Allah permudahkan urusan kami. Lampu pun terang benderang..hehe.. ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
Tapi hari ni kami ditegur oleh AJK pasar kerana terlalu ramai orang yang masuk tiba2 ke pasar ini berniaga tanpa melalui mereka. Padahal dah beberapa kali kami dah berniaga disini. Mungkin Allah nak test kami sikit kot hari ni. Tapi sokongan dari rakan2 kt sini membuat kami terus bersemangat untuk terus berniaga. Tidak kira apa yang akan berlaku..kami akan teruskan perjuangan kami insyaAllah.
Tapi kalau nak dibandingkan dengan ujian ni..apa yang Allah dah berikan adalah jauh lebih banyak. Apa yang penting bersyukur dengan apa yang ada, dan teruskan berusaha hingga berjaya insyaAllah ðŸ˜Š"
Petikan post Fb : Mohd Hanis Mohd Sidek 12.08.2016


Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tipsinfotudunghanaismaa
#diariperjalananhanaismaa




Diari Perjalanan Hanaismaa : Kenapa berniaga tapi tidak kaya? Betulkah niat aku?

Sebelum memulakan perniagaan, perkara yang paling penting untuk kita fikirkan adalah NIAT kita untuk berniaga. Kenapa hendak berniaga? Kenapa tidak hanya makan gaji? Kami mengatakan ‘sebab’ ini penting adalah kerana ia menentukan sama ada kita dapat terus hidup dalam dunia perniagaan ini atau tidak. Jika niat yang ditetapkan tidak cukup jelas ataupun salah, ia akhirnya akan memakan diri sendiri. Nampak penting bukan?

Kebanyakan daripada kita hanya melihat kepada pulangan dari segi kewangan. Kejayaan hanya di ukur dengan berapa banyak duit yang dapat dihasilkan untuk diri sendiri dan keluarga. NIAT yang paling ramai daripada kita pilih ialah untuk mendapatkan KEKAYAAN. Tapi adakah ini yang sebenarnya yang inginkan? Sedar atau tidak, kita sebenarnya sedang mencari sesuatu disebalik kekayaan, iaitu kebahagiaan bersama keluarga, saudara-mara, orang di sekeliling dan paling utama adalah kebahagiaan bersama dengan Allah dan Rasulullah. Oleh itu, betulkan niat kita. Semoga niat kita ini menjadi asbab musabab untuk Allah membantu kita semua mencapai Kekayaan dan Kejayaan di dunia dan di akhirat.

Berikut pengajaran yang diperoleh oleh ahli kami setelah berbincang dengan seorang kakak banyak pengalaman dalam perniagaan.



“Assalamualaikum wrt wbt.
Semalam selepas habis mengajar tuisyen, saya bersembang dengan mak kepada student saya yang saya panggil kak ina. Kami dah lama kenal, rasanya dah 5 tahun. Boleh dikatakan dah kenal hati budi masing2..rasa sangat selesa bila berkongsi pendapat dan bercerita bersama dia.
Kami bercerita tentang hidup sebagai orang yang berniaga. Banyak yang k ina ceritakan tentang pengalaman yang dia dah lalui..memang bagus untuk kami yang baru mula berniaga. Bila dengar k ina cerita semalam, rasa insaf yang amat sangat. Bagaimana perniagaan ini boleh membentuk seorang manusia melalui susah payah, cabaran dan keperitan hidup.
Daripada apa yang k ina kongsikan semalam, persoalan2 ini dibincangkan. Kenapa kita yang berniaga ni tidak dapat apa yang kita kejar? Kenapa tidak kaya? Jawapannya, jika kita berniaga untuk hidup kaya dengan wang ringgit semata-mata, itu bukanlah niat yang betul. Walaupun Allah boleh berikan kita kekayaan, tapi mungkin dalam kekayaan itu kita merasa kekosongan. Kita ada harta, tetapi anak2 tidak ada dengan kita. Kita sunyi dan tidak bahagia jika hanya harta yang kita kejar. Sedangkan kita sebenarnya mencari bahagia...bukan semata-mata kekayaan.
Dia mengajak saya untuk berfikir, apa yang kita boleh bantu, siapa yang boleh kita bantu apabila kita berniaga? Adakah kita hanya berfikir tentang diri sendiri? Dan adakah kita akan bahagia meraih segalanya hanya untuk diri sendiri. K ina memberikan contoh daripada seorang kawannya yang juga berniaga tudung seperti kami. Beliau tidak mengenakan harga yang tinggi untuk tudung yang di jual, kerana beliau bimbang apa yang akan ditanya apabila berada di dalam kubur. Kami langsung tidak pernah terfikir tentang ini..x pernah terfikir yang berniaga amat mementingkan nilai ni.
Aku terfikir dimanakah aku? Betulkah niat ku? Adakah dunia yang aku kejarkan..sedangkan bahagia sebenar adalah di akhirat. Apa yang aku boleh berikan sebagai manusia dan juga sebagai saudara seislam. Renungan untuk diri sendiri. ðŸ˜¢
Hari ini insyaAllah saya dan adik perempuan, kami berdua kan menyambung perjuangan berniaga di pasar malam Jalan Kebun. InsyaAllah kali ini dengan niat yang lebih jelas. Semoga Allah permudahkan urusan kami..amiinn ya rabbal alamiin..”

Petikan post Fb : Mohd Hanis Mohd Sidek 12.08.2016


Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tipsinfotudunghanaismaa

#diariperjalananhanaismaa

Tuesday, 9 August 2016

Diari Perjalanan Hanaismaa : Perancangan Allah Mendahului Perancangan Manusia

Ahli kami Mohd Hanis Mohd Sidek berdebar menantikan kelahiran anaknya yang kedua. Perasaan yang bercampur baur dirasai. Tetapi tetap redha dan sabar menanti kelahiran anaknya. Apa yang penting anak dan isterinya selamat. Berikut adalah perkongsian perasaan Mohd Hanis Mohd Sidek di Facebooknya.

“Assalamualaikum wrt wbt.
Kelemahan manusia yang tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Perasaan yang tidak sabar, kita yang hanya boleh menjangkakan bila akan berlaku dan bagaimana kita akan dapat. Tetapi perancangan Allah itu mendahului perancangan manusia kerana Allah itu maha perancang dan Dia ialah sebaik-baik perancang..aku redha ya Allah... Engkau jaga lah isteriku, anakku dan juga anak ku yang bakal dilahirkan..amin ya rabbal alamiiin..
Hari ni akan bergerak ke selangor meninggalkan anak dan isteri di kampung. Kembali bertugas di selangor. Semoga segalanya akan berjalan lancar ya Allah. Engkau permudahkanlah urusan kami, tenangkanlah hati kami dan lapangkanlah hati & perasaan kami. Sesungguhnya Engkaulah yang maha pelindung dan perancang..aminn ya rabbal alamiin.. ðŸ˜¢”

Petikan post Fb : Mohd Hanis Mohd Sidek 09.08.2016


Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa

#tipsinfotudunghanaismaa

#diariperjalananhanaismaa

Diari Perjalanan Hanaismaa : Bermulanya Aku Sebagai Tukang Jahit

Semua orang mengimpikan pekerjaan yang hebat-hebat dan profesional. Tidak ketinggalan juga team member kami Fawziah atau lebih dikenali sebagai Gee. Gee merupakan seorang graduan daripada UiTM lepasan Ijazah Kejuruteraan Awam. Tetapi mugkin nasibnya tidak sebaik kawan-kawan yang lain. Gee belum dapat apa-apa peluang pekerjaan selepas menamatkan pelajaran setahun yang lepas. Bila mengenangkan nasibnya, memang terasa sangat sedih kerana masih tidak mendapat pekerjaan yang diingini. Tambahan lagi Gee masih tinggal bersama mak dan ayah, memang rasa tersangat malu kerana masih bergantung kepada mak dan ayah walaupun dah besar.

Tapi nasib tidak sepatutnya dipersalahkan. Rezeki ada dimana-mana, Gee perlu bergantung kepada diri sendiri untuk berusaha. Gee merupakan seorang yang serba boleh. Dia seorang yang sangat teliti dalam pekerjaannya dan sangat gigih untuk menyempurnakan kerjanya. Kami di Hanaismaa cuba mencari peluang bersama-sama Gee untuk memulakan perniagaan tudung, disamping dapat membantunya untuk mencari pendapatan. Kami tahu, sekiranya Gee berusaha dengan kuat dia akan berjaya. Dengan kemahirannya menjahit, kami dapat mulakan perniagaan kami dengan rekaan tudung kami sendiri. Kami percaya Gee boleh mencapai lebih daripada apa yang rakan-rakannya akan capai kerana usaha yang gigih dalam bidang perniagaan akan membantu Gee mendaki lebih jauh pada masa akan datang.


"Assalamualaikum n hai..
Nama diberi Fawziah Binti Mohd Sidek..
Anak yang ke-4 daripada 8 adik-beradik.

Dahulu aku rasakan hidup aku sentiasa dipermudahkan.
Dari mula aku belajar di sekolah rendah hinggalah aku habis belajar di universiti.
Semuanya dipermudahkan.
Walaupun result tidak berapa tinggi, namun Allah masih bagi aku peluang untuk terus belajar hingga ke peringkat tinggi.
Ramai lagi yang teringin sangat nak belajar tinggi tetapi x dapat peluang tu.

Alhamdulillah..😊😊

Selepas aku dah habis belajar tiba masanya untuk aku mula mencari kerja.
Aku cuba hantar resume kepada banyak syarikat, terutama dalam kerajaan.
Tetapi tiada panggilan temuduga.
Mungkin kerana ekonomi negara sekarang x berapa elok. Mungkin ini masanya untuk aku rasa susah lebih sedikit.

Lama-kelamaan aku rasakan tidak layakkah aku ni untuk jadi seorang pekerja?
Aku mula rasa segan dengan mak ayah.
Walaupun dah besar aku masih lagi buat mak ayah aku bimbang tentang masa depan aku. Sedih..segan..malu..semuanya ada.😢😢

Pada suatu hari, abang dengan kakak ipar ajak keluar.
Mereka pergi ke kedai singer untuk membeli sebuah mesin jahit.
Disitulah bermulanya HANAISMAA dan disitu juga titik permulaan aku sebagai seorang tukang jahit.
Sebelum tu aku tak reti nak pakai mesin jahit.
Aku cuba belajar sedikit demi sedikit sehingga sekarang aku dapatkan hasilkan satu tudung ciptaan team HANAISMAA sendiri.
Aku rasa sangat bangga.

Abang pernah berkata " Kak yah, sekarang ni kak yah sudah berkerja. Kak yah berkerja untuk abang dan untuk HANAISMAA."
Aku rasa sangat gembira dan dengan bangganya sekarang aku boleh cakap yang aku dah berkerja.😎😎

Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Kau bagi aku peluang untuk aku menjadi seorang pekerja melalui abang aku..😃😃


Alhamdulillah.."

Petikan post Fb : Fawziah Mohd Sidek 09.08.2016




Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tipsinfotudunghanaismaa
#diariperjalananhanaismaa