Untuk kami di Hanaismaa, kami mempunyai sebab dan alasan
yang kuat kenapa kami mesti berjaya. Untuk adik beradik kami. Untuk keluarga
kami. Segalanya bergantung kepada kami untuk memastikan adik beradik kami boleh
berjaya atau tidak. Itu apa yang kami sematkan dalam fikiran kami. Kami tidak
ingin bergantung kepada hanya makan gaji sahaja kerana itu tidak akan menjamin
masa hadapan kami.
Inilah matlamat kami.
"Assalamualaikum wrt wbt.
Alhamdulillah kami di
Tudung Hanaismaa semakin mendaki gunung kejayaan yang ingin kami capai. Semakin
banyak peluang yang Allah berikan kepada kami. Aku bersyukur ya Allah. Diatas
segala yang Engkau telah limpahkan kepada kami. Cuma mungkin pendakian kami ni
belum cukup tinggi. Boleh dikatakan baru hanya meletakkan tangan untuk mendaki.
Tetapi insyaAllah dengan semangat dan matlamat yang jelas kami akan teruskan
mendaki, menuju kejayaan dalam hidup kami.
Alhamdulillah kami
dikelilingi oleh kawan2 yang membantu perniagaan kami. Ada yang tolong
mempromosikan tudung kami, ada yang membantu untuk menjual tudung kami dan ada
juga yang cuba membuka peluang untuk kami letakkan tudung kami di kedai-kedai.
Tanpa kami duga Allah telah membuka jalan untuk kami melangkah. Alhamdulillah
syukur pada Mu ya Allah..
Betul apa yang guru kami
Dr. Azizan Osman katakan, kita kena ada matlamat yang JELAS untuk kita berjaya.
Kenapa kita nak berniaga. Kerana KENAPA inilah yang akan membuatkan kita
berusaha sedaya upaya dan tidak berputus asa untuk mencapai apa yang kita
inginkan.
Begitu juga apa yang aku
rasa. Bila memikirkan adik perempuan ku yang bertungkus lumus menjahit tudung,
bagaimana boleh aku tingkatkan jualan tudung supaya adik aku dapat merasa hasil
dari penat lelah dia selama ini. Aku tidak mahu mengatakan padanya yang abang
minta maaf, abang gagal tunaikan janji abang untuk membantu adik2 abang untuk
berjaya. Abang tak mampu nak bayar duit gaji kepada adik2 abang seperti mana
yang abang janjikan. Aku x sanggup nak bayangkan jika itu berlaku. 😢😢😢
Ya Allah Engkau yang maha
berkuasa, yang maha kaya. Engkau permudahkanlah urusan kami. Engkau
limpahkanlah kami dengan rezeki yang berkat. Engkau pandulah kami. Sesungguhnya
hanya padaMu kami memohon pertolongan..amin ya rabbal alamiiiin.."
Petikan post Fb : Mohd
Hanis Mohd Sidek 28.08.2016
Siapa diantara anda yang ingin tahu apa yang kami bantu
dalam menyelesaikan masalah pemakaian tudung anda? Anda boleh hubungi kami
secara terus atau boleh lawati Facebook page kami Tudung Hanaismaa ataupun follow Instagram kami @hanaismaaapparel dan di telegram kami https://telegram.me/tudunghanaismaa
#tipsinfotudunghanaismaa
#diariperjalananhanaismaa